Tuesday, August 27, 2013

Arianna Shawl

Material : High Quality Chiffon
Ukuran : 2 m x 55 cm
Harga : RM42 tidak termasuk pos

untuk membuat pesanan, sila emelkan ke : shawlfactory@gmail.com











Monday, August 26, 2013

Shawl Factory

Assalamualaikum

Dengan lafaz bismillah, saya dengan rasminya membuka blog untuk shawl factory :). Sebelum ini saya menggunakan platform IG (instagram) dan juga fan page fb untuk mempromosikan shawl yang saya hasilkan.

instagram : shawlfactory
facebook : www.facebook.com/Shawlfactory

Sedikit mengenai shawlfactory, ianya tercetus kerana saya gemar membeli shawl secara online, tapi kadang kala tidak memenuhi selera saya. Saya sukakan shawl yang panjang dan tidak sukakan shawl yang terlalu nipis atau tebal. Kalau ade pun, cepat sangat sold out :( . Jadi, saya cuba beli kain dan buat untuk pakai sendiri :) . Setelah saya yakin , saya cuba menjadi pembekal kepada kawan saya yang aktif menjual secara online. walaupun pada awalnya terdapat masalah untuk mencari tailor yang sesuai. Banyak juga saya mencuba, akhirnya saya yakin untuk menjual secara online bila pembeli suka dengan kualiti kain serta rekaan yang dihasilkan. Rekaan shawl saya berinspirasikan dari kedai-kedai online yang lain , mengikut trend semasa. 

Trademark yang saya cuba kekalkan untuk kebanyakan shawl yang saya hasilkan ialah hujung berbentuk bulat (curve dihujung ) -kerana bila dipakai, ia kelihatan lebih cantik :) dan panjang shawl ialah 2 meter kecuali custom made..boleh lebih atau kurang . 

Harga yang ditawarkan adalah berpatutan tau, kerana mungkin kedai online lain jual pada harga yang sama, tetapi kebanyakannya bersaiz cuma 1.7-1.8 m sahaja.!! Kain yang digunakan kebanyakan adalah menggunakan chiffon berkualiti tinggi kecuali dinyatakan material yang berbeza. Tapi setiap kain, saya pilih sendiri dengan teliti. Saya beli, saya hantar design pada tailor, saya lipat dan pack tau..hehe

Jualan Borong. saya juga menawarkan belian secara borong kepada anda yang berminat untuk berniaga kecil-kecilan. Harga memang lebih murah dan berbaloi-baloi . Emelkan je sebarang pertanyaan kepada saya, saya akan cuba jawab sebaik mungkin :)
emel : shawlfactory@gmail.com

insya allah saya akan cuba yang terbaik. sebarang cadangan pun boleh jugak emel saya..thanksss..muaahhhh <3